Harian Metro – Thursday, 18 August 2011
Projek kondominium mewah The Z Residence di Bukit Jalil dibangunkan Trinity Group Sdn Bhd (TGSB) sudah 20 peratus dijual kepada Bumiputera sejak dilancarkan awal Jun lalu. Pengarah Urusannya, Dato’ Neoh Soo Keat berkata, projek dijangka siap dalam tempoh tiga tahun itu mendapat sambutan dengan 50 peratus dari 1,136 unit rumah habis dijual. “Sasaran kami unit kondominium ini akan habis dijual dan kami berharap lebih ramai Bumiputera merebut peluang keemasan ini kerana kita menjangkakan harga rumah di Bukit Jalil akan meningkat dalam masa akan datang. Ini adalah masanya bagi pembeli merebut peluang memiliki kediaman mewah yang ditawarkan dari harga bermula RM450,000 ke RM650,000,” katanya.