Sinar Harian – Wednesday, 11 January 2012
PEMAJU hartanah, Trinity Group Sdn Bhd, menjangka melancar projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM640 juta tahun ini.
Pengarah Urusannya, Dato’ Neoh Soo Keat berkata, syarikat merancang melancar empat projek di Lembah Klang tahun ini hingga 2013.
“Projek di Serdang menyaksikan pembangunan bercampur dijangka menjadi projek pertama tahun ini,” katanya pada majlis penyerahan kunci untuk projek Zest Point.
Neoh berkata, syarikat sedang mengendalikan pembangunan Latitude kilang separa berangkai 15 unit bernilai RM70 juta dan Z Residence RM550 juta.