Trinity Lemanja – Projek Pembangunan Freehold Pertama Di Kepong

Misc – Sunday, 27 August 2017

Segmen hartanah sememangnya menjadi perkongsian inspirasi menarik minat jangka panjang yang bermanfaat. Atas aspirasi tersebut, saya telah berkunjung ke majlis pelancaran projek pembangunan Trinity Lemanja di Kepong pada pagi Khamis, 24 Ogos 2017 bagi menyaksikan keistimewaan tersendiri lokasi pembangunan urbanisasi yang sedang pesat membangun di Kuala Lumpur ini.

Trinity Lemanja Rumah Impian Harmoni Dan Gembira

Berdasarkan konsep kediaman impian yang selamat dan kondusif, nama Trinity Lemanja membawa maksud ‘rumah impian yang harmoni dan gembira’ (le meng jia) dalam bahasa Mandarin.

Terletak di tanah pegangan bebas seluas 2.8 ekar sepanjang Jalan Metro Prima di Kepong, Trinity Lemanja menawarkan 583 unit dengan keluasan dari 960 hingga 1,173 kaki persegi (kps). Kondominium 40 tingkat dengan 2-blok ini dijangka siap pada 2021 dan berharga RM500kps, dengan harga seunit bermula dari RM450,000 ke atas.

Trinity Lemanja terletak di tengah bandar Kepong yang berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti AEON Metro Prima (sejauh 850 meter), Dewan Tzu Chi Jing Si KL, Taman Tasik Metropolitan Kepong, Pusat Sukan The Challenger, Stesen KTM Kepong Sentral dan Stesen MRT Metro Prima (S05) yang bakal siap tidak lama lagi.

Ia juga boleh diakses melalui 6 lebuhraya utama seperti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Baharu Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Sprint, Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya DUKE dan Lebuhraya DUKE 2 yang sedang dibina. Dari aspek ‘accessibility’ lokasi ini sememangnya strategik dengan pelbagai kemudahan di kawasan persekitaran berhampiran.

Trinity Lemanja – Trend Keluarga Dan Gaya Hidup Moden

Trinity Lemanja turut dilengkapi dengan kemudahan rumah kelab residen seluas 3,700 kps, fasiliti untuk majlis persendirian atau keramaian. Terdapat juga kemudahan Sky Gym di bumbung dengan panorama Kuala Lumpur, Taman SereniTea dan Oxygen Grove untuk riadah dan pertemuan komuniti mengeratkan silaturrahim dalam gaya hidup moden dan sihat.

Saya juga berpeluang melihat ruangan dalaman 2 unit rumah contoh selain model bangunan. Persekitaran ruang dalaman mengimbangi trend kekeluargaan dan gaya hidup masa kini dengan unit-unit yang bermula dengan minimum 3 bilik dan 2 bilik air. Trinity Lemanja amat ideal untuk pembeli rumah pertama bagi yang ingin menceburi pasaran hartanah atau memiliki aset persendirian.

Gambar yang saya sertakan di bawah ini adalah salah satu rumah contoh yang dikunjungi merangkumi ruang tamu, master bedroom, salah satu bilik dan bahagian dapur yang cantik dan selesa.

Sistem keselamatan juga diberi keutamaan demi keselesaan residen dengan sistem 4-tier yang merangkumi kawalan pintu masuk utama berserta pengawalan komprehensif. Kawasan sekeliling juga dipagari bata 1,800 mm, dinding anti-panjatan dan pengawasan CCTV sepenuhnya.

Trinity Lemanja juga terletak berhampiran 7 sekolah termasuk SJK(c) Kepong dan International School@ParkCity, 6 pusat membeli-belah termasuk AEON Metro Prima dan AEON Big, 3 pusat perubatan dan dikelilingi 5 kawasan penempatan. Pihak Trinity turut berkerjasama dengan PBT dan memperuntukkan RM2 juta untuk memperbaiki prasarana jalan raya di sekitar Trinity Lemanja.

Source: http://www.khirkhalid.com/2017/08/trinity-lemanja-freehold-kepong.html?m=1